Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hampir 20 Serbuan Penipuan Dalam Talian Bagi Tempoh Dua Bulan Babit Kondo Mewah

Published: 25 Oct 2023 1.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 - Polis Kuala Lumpur tidak menolak ada pengawal keselamatan di kondominium sekitar ibu negara bersubahat dengan sindiket penipuan dalam talian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hampir-20-serbuan-penipuan-dalam-talian-bagi-tempoh-dua-bulan-babit-kondo-mewah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 - Polis Kuala Lumpur tidak menolak ada pengawal keselamatan di kondominium sekitar ibu negara bersubahat dengan sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, hampir 20 serbuan sindiket penipuan dalam talian yang dijalankan bagi tempoh dua bulan kebelakangan ini membabitkan kondominium mewah.

Katanya, dalam tempoh itu pihaknya berjaya menahan 343 individu hasil 20 serbuan pusat panggilan yang beroperasi di kondominium mewah di sekitar ibu negara.
“Bagaimana pengawal keselamatan di sesebuah kondominium mewah boleh benarkan warga asing masuk dengan senang sedangkan kita sendiri nak masuk pun susah.

“Disebabkan itu, kami akan membuat pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan di kondominium yang mungkin bersubahat dengan sindiket ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 25 Oct 2023 1.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM