Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Gudang Jadi Pusat Simpan Barangan Kontraban Diserbu

Published: 17 Aug 2026 2.14 AM Updated: 21 Aug 2026 4.56 PM
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2026 - Sebuah gudang dipercayai dijadikan pusat penyimpanan dan pengedaran barangan kontraban diserbu di Kapar, Selangor dengan pelbagai barangan bernilai RM5.9 juta dirampas, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-gudang-jadi-pusat-simpan-barangan-kontraban-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:29 MYT
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2026 - Sebuah gudang dipercayai dijadikan pusat penyimpanan dan pengedaran barangan kontraban diserbu di Kapar, Selangor dengan pelbagai barangan bernilai RM5.9 juta dirampas, semalam.

Serbuan menerusi Op Taring Alpha kira-kira jam 12.10 tengah hari di Kampung Sungai Serdang itu turut membawa kepada penahanan tiga individu.

Mereka terdiri daripada dua lelaki warga Bangladesh sebagai pekerja gudang dan seorang lelaki tempatan yang juga pengarah syarikat berkenaan.

Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Zaki Ashar, berkata pemeriksaan mendapati premis itu dipercayai digunakan sebagai pusat penyimpanan sementara serta hab pengumpulan sebelum barangan diedarkan ke lokasi lain di seluruh negara.

"Siasatan awal mendapati premis gudang itu dipercayai beroperasi selama kira-kira 14 tahun dan digunakan sebagai lokasi penyimpanan sementara produk dari China sebelum dihantar kepada pelanggan di seluruh negara.

"Operasi diketuai WCB/PSK serta Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dengan kerjasama beberapa agensi," katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 17 Aug 2026 2.14 AMUpdated 21 Aug 2026 4.56 PM