Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Gspp Serah Bot Penyelamat Kepada Polis Bantu Operasi Banjir

Published: 11 Feb 2023 7.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-gspp-serah-bot-penyelamat-kepada-polis-bantu-operasi-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT
Kuala Langat, 11 Februari 2023 - Pengilang kertas dan kotak beralun bersepadu, GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd (GSPP) menyumbangkan sebuah bot penyelamat bernilai RM31,000 untuk digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.
Penyerahan bot penyelamat tersebut disempurnakan oleh Presiden GSPP, Encik Sia Boon Soon kepada Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor di dalam satu majlis ringkas di IPD Kuala Langat, pada Khamis.

“Diharap dengan adanya bot penyelamat ini dapat membantu pihak polis untuk menggerakkan misi menyelamat dengan lebih pantas tatkala banjir melanda daerah Kuala Langat seperti yang berlaku pada Disember 2021,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau berharap, aset menyelamat yang baharu itu juga dapat meningkatkan kecekapan, ketangkasan dan kesiapsiagaan pihak IPD Kuala Langat dalam menghadapi bencana atau detik cemas ketika dilanda banjir pada masa yang akan datang.

Sementara itu, Superintendan Ahmad Ridhwan menghargai sumbangan yang diberikan oleh pihak GSPP.
“la merupakan satu sumbangan besar kepada PDRM khususnya IPD Kuala Langat.
“Polis Daerah Kuala Langat, GSPP dan komuniti saling bekerjasama antara satu sama lain. Terima kasih kepada GSPP kerana prihatin dengan perkara ini bagi melancarkan lagi operasi menyelamat di Kuala Langat," kata beliau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 11 Feb 2023 7.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM