
Article
Keratan Akhbar Pilihan Gro Kahwin Lelaki Tempatan
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2023 - Masuk sebagai pelancong sebelum wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ini akan keluar dari negara ini untuk 'bersembunyi' di negara jiran apabila pas pelancong hampir tamat tempoh.
Apabila keadaan 'reda', sindiket yang menguruskan GRO warga asing ini akan membawa mereka masuk semula ke negara ini menggunakan pas pelancong untuk menjalankan kegiatan lama.
Menurutnya, jika dahulu wanita warga asing masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong untuk bekerja sebagai GRO akan pulang semula ke negara terbabit selepas pas pelancong tamat.
Katanya, pada masa sama, ada juga antara mereka berkahwin dengan lelaki warga tempatan demi tujuan melanjutkan pas lawatan sosial (PLS) untuk melakukan kerja haram seperti aktiviti pelacuran.
“Sindiket akan mencari lelaki terutama warga emas untuk berkahwin dengan wanita ini, namun hakikatnya mereka ini sebenarnya bekerja sebagai GRO.
“Namun kini, siasatan polis mendapati sindiket tetap membawa masuk GRO ini menggunakan pas pelancong, malah berpura-pura membeli tiket balik bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.