Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Geng Pecah Rumah Mewah Tumpas

Published: 28 Jun 2024 6.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kejadian disedari mangsa yang pulang ke kediamannya pada jam 10 malam, hari yang sama selepas mendapati bilik tidur utama dalam keadaan berselerak
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-geng-pecah-rumah-mewah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:48 MYT
Kuala Lumpur, 28 Jun 2024 - Polis menumpaskan satu kumpulan pecah rumah mewah oleh lapan penjenayah termasuk empat warga Amerika Latin, yang menyamun kediaman seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara, di sini, dengan nilai kerugian RM7 juta, pada 31 Mei lalu.

Kejadian disedari mangsa yang pulang ke kediamannya pada jam 10 malam, hari yang sama selepas mendapati bilik tidur utama dalam keadaan berselerak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, berkata suspek mendapati 30 jam tangan mewah pelbagai jenama, barangan kemas dan wang tunai RM20,000 telah hilang.

“Berdasarkan maklumat dan risikan dijalankan, tujuh suspek termasuk dua wanita diberkas antara 6 Jun hingga 14 Jun lalu.

“Susulan siasatan yang dijalankan terhadap lelaki Bangladesh, polis kemudian menahan seorang wanita tempatan dan tiga lelaki warga Amerika Latin berusia antara 30 hingga 40 tahun di sebuah kondominium di ibu negara, pada jam 9.30 malam 9 Jun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 6 people and text that says 'Geng pecah rumah mewah tumpas termasuk dua wanita diberkas Enam daripada ditahan adalah warga Bangladesh da
ArticlePublished 28 Jun 2024 6.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM