Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Geng Curi Basikal Berjenama Tumpas

Diterbitkan: 18 Sep 2020 2.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seberang Perai, 18 September 2020 - Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri basikal berjenama susulan penahanan dua penagih dadah di sekitar daerah ini pada Ahad lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-geng-curi-basikal-berjenama-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:18 MYT
Seberang Perai, 18 September 2020 - Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri basikal berjenama susulan penahanan dua penagih dadah di sekitar daerah ini pada Ahad lalu.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Tuan Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 38 tahun itu ditahan di kawasan Bertam Perdana, Kepala Batas kira-kira pukul 4 pagi.

Katanya, hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek telah mencuri 13 basikal berjenama di sekitar daerah ini sejak Jun lalu sebelum menjualnya pada harga serendah RM80 sehingga RM100 setiap satu.

Difahamkan, harga sebuah basikal berjenama dianggarkan antara RM800 hingga RM3,000.

"Wang yang diperoleh daripada hasil jualan akan digunakan untuk membeli dadah.

"Kita turut merampas kembali semua basikal yang dianggarkan bernilai RM10,000 sekali gus berjaya menyelesaikan 9 kes kecurian di daerah ini.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah dan masing-masing memiliki rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU di sini semalam.

Kedua-dua suspek direman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber:

ArtikelDiterbitkan 18 Sep 2020 2.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM