Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ganguan Seksual Peka Perubahan Tingkah Laku Anak

Published: 04 Sep 2021 6.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Amang seksual sering dikaitkan sebagai 'paraphilic disorder' merupakan gangguan kesihatan mental yang bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kehidupan pelaku malah menimbulkan gangguan psikologi dan menurunkan tahap kesihatan mental kanak-kanak yang menjadi mangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ganguan-seksual-peka-perubahan-tingkah-laku-anak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT
Amang seksual sering dikaitkan sebagai 'paraphilic disorder' merupakan gangguan kesihatan mental yang bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kehidupan pelaku malah menimbulkan gangguan psikologi dan menurunkan tahap kesihatan mental kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Seorang kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual mungkin mempunyai harga diri yang rendah, berasa dirinya tidak berharga dan mempunyai pandangan tidak normal atau terpesong mengenai seks.

Kanak-kanak itu mungkin menyepikan diri dan tidak mempercayai orang dewasa, serta mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Ini adalah kesan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual seperti amang seksual yang kian meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ikuti wawancara wartawan Utusan Malaysia, Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah bersama Pegawai Psikologi Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Norhaida Asma Mohd Hashim yang mengupas mengenai perubahan tingkah laku kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
ArticlePublished 04 Sep 2021 6.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM