Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki Meningkat

Published: 07 Dec 2023 3.56 AM Updated: 21 Sep 2026 1.34 PM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia mengesahkan berlaku peningkatan kes gangguan seksual terhadap lelaki sejak kebelakangan ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-gangguan-seksual-terhadap-lelaki-meningkat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:54 MYT
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia mengesahkan berlaku peningkatan kes gangguan seksual terhadap lelaki sejak kebelakangan ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, bagaimanapun peratusannya lebih rendah berbanding kes gangguan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak.

“Masyarakat kita jarang terdedah dengan jenayah seksual kalangan lelaki dan hanya melihat wanita saja menjadi mangsa.

“Kebelakangan ini kes jenayah seksual dalam kalangan lelaki meningkat terutama membabitkan kanak-kanak lelaki,” katanya dalam podcast Harian Metro, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hjh. Aiman Athirah Sabu berkaitan mangsa gangguan seksual membabitkan golongan lelaki diterima menerusi Pusat Sokongan Sosial Setempat semakin meningkat.

Bacaan lanjut pada keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'INK STUDIO SE Camlah Polcast Metrod Berita, GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI MENINGKAT Jadi lelaki pun dah
ArticlePublished 07 Dec 2023 3.56 AMUpdated 21 Sep 2026 1.34 PM