Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Fru Sumbang 1 300 Al Quran Surah Yasin Dan Sejadah

Published: 03 Feb 2022 3.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 3 Februari 2022 - Hasil inisiatif anggota dan ahli keluarga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Johor, sebanyak 1,300 al-Quran, surah Yasin dan sejadah dikumpulkan untuk diagihkan kepada beberapa buah masjid di Johor yang terjejas banjir, awal bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-fru-sumbang-1-300-al-quran-surah-yasin-dan-sejadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Johor Bahru, 3 Februari 2022 - Hasil inisiatif anggota dan ahli keluarga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Johor, sebanyak 1,300 al-Quran, surah Yasin dan sejadah dikumpulkan untuk diagihkan kepada beberapa buah masjid di Johor yang terjejas banjir, awal bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Sejahtera Perpaduan Anak-anak FRU Johor, Encik Rasdan Raob berkata, program itu merupakan kali pertama diadakan dan diserahkan kepada masjid-masjid yang rosak akibat banjir terutama di daerah Segamat, Muar serta di Temerloh, Pahang.

"Dengan sumbangan ini dapat meringankan beban pihak pengurusan di masjid dan surau yang musnah dengan kitab-kitab agama terutama al-Quran, Yasin dan sejadah yang perlu diganti," katanya.

Menurutnya, persatuan berkenaan yang terdiri daripada anak-anak bekas anggota FRU amat terharu dengan komitmen anggota dan keluarga FRU lain yang mahu bersama-sama memberi sumbangan untuk membeli kelengkapan itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 8 people, people standing and text that says 'YSIA URIN FRU sumbang 1,300 al-Quran, surah Yasin dan sejadah HASIL inisiatif anggota dan
ArticlePublished 03 Feb 2022 3.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM