Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Erat Kerjasama Penguat Kuasa Atasi Kes Penipuan Pekerjaan Kpn

Diterbitkan: 08 Nov 2023 7.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
“Selain itu, kita (PDRM) juga perlu mempertingkatkan kerjasama dan menyelaras bagi permohonan bantuan menyelamatkan mangsa pada masa akan datang serta menyelaras penyiasatan bersama bagi membanteras jenayah penipuan tawaran kerja,” katanya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-erat-kerjasama-penguat-kuasa-atasi-kes-penipuan-pekerjaan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:31 MYT
Kuala Lumpur, 8 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan kerjasama semua agensi penguat kuasa kerajaan dalam mengatasi masalah penipuan tawaran pekerjaan membabitkan rakyat Malaysia di luar negara.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, dengan berkonsepkan "whole government approach" atau pembabitan semua agensi kerajaan berkaitan, masalah penipuan itu akan dapat diatasi.

“Dari segi kerjasama antarabangsa, PDRM berusaha gigih bekerjasama dengan pihak Polis Antarabangsa (INTERPOL), Polis ASEAN (ASEANAPOL) dan pihak berkuasa di negara-negara yang terbabit bagi membantu untuk mengesan dan menyelamatkan mangsa-mangsa.

“Semestinya PDRM berkolaborasi dengan pihak Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) bagi membantu mempercepat proses menyelamat mangsa-mangsa di luar negara,” katanya, semalam.
Tan Sri Razarudin berkata, kerjasama dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di luar negara ini juga merangkumi pelbagai proses dan prosedur.

“Dalam konteks mengesan dan membawa pulang mangsa langkah yang perlu diambil adalah mengadakan rundingan dan memohon pihak berkuasa negara terbabit mengesan dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih terkandas termasuk memohon mempercepatkan proses penghantaran pulang mangsa yang berjaya diselamatkan.

“Selain itu, kita (PDRM) juga perlu mempertingkatkan kerjasama dan menyelaras bagi permohonan bantuan menyelamatkan mangsa pada masa akan datang serta menyelaras penyiasatan bersama bagi membanteras jenayah penipuan tawaran kerja,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2023 7.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM