
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Enam Superman Di Kesas Dicekup
Klang, 5 Julai 2024 – Aksi ‘mat rempit’ di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini ketika dalam perjalanan untuk menjamu selera menjerat diri apabila ditahan pada...
Klang, 5 Julai 2024 – Aksi ‘mat rempit’ di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini ketika dalam perjalanan untuk menjamu selera menjerat diri apabila ditahan pada Khamis.
Enam penunggang motosikal itu ditahan secara berasingan bermula kira-kira jam 1.20 pagi menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Tratik (JSPT) Bukit Aman.
Menurut beliau, selain penahanan kesemua lelaki berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ini, polis turut menyita motosikal mereka jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha Y16ZR untuk tindakan lanjut.
Beliau memberitahu, selain itu, JSPT turut mengeluarkan empat saman atas kesalahan tiada nombor pendattaran, tiada cermin sisi dan tiada lesen memandu.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian