Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Enam Superman Di Kesas Dicekup

Published: 05 Jul 2024 8.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Klang, 5 Julai 2024 – Aksi ‘mat rempit’ di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini ketika dalam perjalanan untuk menjamu selera menjerat diri apabila ditahan pada Khamis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-enam-superman-di-kesas-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:02 MYT
Klang, 5 Julai 2024 – Aksi ‘mat rempit’ di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini ketika dalam perjalanan untuk menjamu selera menjerat diri apabila ditahan pada Khamis.

Enam penunggang motosikal itu ditahan secara berasingan bermula kira-kira jam 1.20 pagi menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Tratik (JSPT) Bukit Aman.

Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berkata, mereka dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri serta ''superman''.

Menurut beliau, selain penahanan kesemua lelaki berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ini, polis turut menyita motosikal mereka jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha Y16ZR untuk tindakan lanjut.

Beliau memberitahu, selain itu, JSPT turut mengeluarkan empat saman atas kesalahan tiada nombor pendattaran, tiada cermin sisi dan tiada lesen memandu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian
 
ArticlePublished 05 Jul 2024 8.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM