Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Enam Lelaki Diberkas Kurang 24 Jam

Diterbitkan: 24 May 2026 2.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.54 PM
Pontian, 24 Mei 2026 - Polis berjaya menahan enam lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki berusia 22 tahun di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas, di sini, awal pagi Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-enam-lelaki-diberkas-kurang-24-jam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT
Pontian, 24 Mei 2026 - Polis berjaya menahan enam lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki berusia 22 tahun di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas, di sini, awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 22 tahun itu ditahan menerusi operasi khas dijalankan bermula pukul 8 malam, 21 Mei hingga 4 pagi, 22 Mei lalu.

Menurut beliau, operasi tersebut melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) IPK Johor serta Bahagian Forensik (D10) IPK Johor.

"Operasi khas itu melibatkan serbuan di sekitar Taman Desa Botani, Batu Pahat dan Pangsapuri Awam Lima Kedai, Gelang Patah, Johor Bahru.

"Hasil semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai pelbagai rekod jenayah serta penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of car and text that says 'Oleh MUHAMMADZ ZIKRI Enam lelaki diberkas kurang 24 jam Suspek berusia 18 tahun hingga ' 22 tahun Siasatan
ArtikelDiterbitkan 24 May 2026 2.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.54 PM