Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Enam Harimau Mati Dilanggar Sejak Tahun Lepas

Diterbitkan: 13 Nov 2024 4.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini menunjukkan habitat harimau terganggu sehingga haiwan liar itu terpaksa keluar dari habitat semula jadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-enam-harimau-mati-dilanggar-sejak-tahun-lepas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:10 MYT
Kuala Lumpur, 13 November 2024 - Enam harimau Malaya mati dilanggar termasuk dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat Gerik, Perak pada 9 November lalu, menunjukkan peningkatan kes antara 2023 hingga 2024.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini menunjukkan habitat harimau terganggu sehingga haiwan liar itu terpaksa keluar dari habitat semula jadi.

“Lebih menyedihkan apabila beberapa bahagian harimau berkenaan termasuk taring, kuku dan kulit hilang disyaki dicuri.

“Tindakan ini satu kesalahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Akta ini dipinda pada 2022 bagi meningkatkan kadar hukuman dan penalti membabitkan kesalahan berkaitan hidupan liar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tuan Nik Nazmi berkata, hidupan liar dilindungi sepenuhnya seperti harimau atau mana-mana bahagian seperti gigi, tulang, kulit, lemak atau darah apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum.

“Denda tidak kurang RM150,000 bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun,” katanya.

Tuan Nik Nazmi berkata, dengan bilangan dianggarkan kurang 150 ekor, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam terus komited melindungi dan memulihara harimau bagi memastikan spesies ikonik yang menjadi simbol Jata Negara ini tidak pupus.

la selaras pelaksanaan sembilan tindakan strategik luar biasa bagi konservasi harimau Malaya yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 21 Jun 2021.

“Komitmen tinggi kerajaan dizahirkan melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya, pengukuhan rondaan penguatkuasaan dan pengawalan oleh Renjer Komuniti dan Operasi Bersepadu Khazanah, selain Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text that says '6 harimau mati dilanggar sejak tahun lepas Lebih menyedihkan apabila NRES terus komited lindungi spesies
ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2024 4.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM