Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: EMPAT DITAHAN TERBABIT SELUDUP DIESEL

Diterbitkan: 10 Jul 2025 2.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 Julai 2025 - Empat lelaki termasuk tiga warga Thailand ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan diesel di sebuah premis di Kubang Pasu, Kedah, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-empat-ditahan-terbabit-seludup-diesel-20250710
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:23 MYT
Kuala Lumpur, 10 Julai 2025 - Empat lelaki termasuk tiga warga Thailand ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan diesel di sebuah premis di Kubang Pasu, Kedah, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 9.30 pagi yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Ops Taring Landai itu merampas tiga treler bernombor pendaftaran Thailand, diesel, tangki skid berisi diesel dan mesin pam dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Rusley Chi Ari berkata, ketika serbuan, empat lelaki berkenaan berada di lokasi dan lelaki tempatan berusia 50 tahun mengaku sebagai penjaga premis itu.

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan premis menemui eksibit yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti mengikut kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1967.

“Tiga treler bernombor pendaftaran Thailand dengan masing-masing mempunyai muatan minyak (diesel) 300 liter, 2,800 liter dan 500 liter dirampas dalam serbuan berkenaan.

“Selain itu, lapan tangki skid berisi diesel anggaran isipadu 95,400 liter, dua mesin pam minyak bermeter dan 99,000 liter diesel turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2025 2.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM