Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Elak Belia Terjerat Radikalisasi Digital

Diterbitkan: 11 Apr 2026 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Penahanan beberapa suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun oleh Polis Diraja Malaysia pada Februari lalu mencetuskan kebimbangan serius, sekali gus memperlihatkan proses radikalisasi kini semakin menyesatkan golongan remaja dan belia melalui ruang digital.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-elak-belia-terjerat-radikalisasi-digital
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT
Penahanan beberapa suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun oleh Polis Diraja Malaysia pada Februari lalu mencetuskan kebimbangan serius, sekali gus memperlihatkan proses radikalisasi kini semakin menyesatkan golongan remaja dan belia melalui ruang digital.

Golongan ini berada dalam fasa pembentukan identiti dan pemikiran, menjadikan mereka lebih mudah terdedah serta terpengaruh dengan naratif ideologi pelampau keganasan.

Perkembangan di Malaysia sejajar trend global. Jika sebelum ini kumpulan pengganas bergantung kepada penggunaan berskala dan organisasi tersusun untuk merekrut ahli, kini proses tersebut beralih ke ruang siber melalui media sosial, aplikasi pemesejan serta pelbagai platform komuniti digital.

Tahap penggunaan teknologi yang tinggi dalam kalangan belia menjadikan mereka lebih terdedah kepada kandungan propaganda dalam talian.

Dalam masa sama, persekitaran digital turut menyumbang kepada peningkatan fenomena radikalisasi yang menjurus kepada pelaku tunggal (lone wolf).

Bacaan lanjut penulisan oleh Pengarah dan Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan, Kementerian Luar Negeri, Encik Kenninmrod Sariburaja bersama Puan Nurul Hidayah Mohd Noor dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'RUANG siber menjadi medan baharu enyebaran ekstremisme. Elak belia terjerat radikalisasi digital PENAHANAN beberapa susp
ArtikelDiterbitkan 11 Apr 2026 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM