Article
Keratan Akhbar Pilihan E Waste Haram Bernilai Rm476 Juta Dirampas
Seremban, 14 Mei 2026 - Serbuan di tiga premis tidak berdaftar dengan sewa RM45,000 sebulan membawa kepada penemuan sisa elektronik (e-waste) haram lebih RM47....
Seremban, 14 Mei 2026 - Serbuan di tiga premis tidak berdaftar dengan sewa RM45,000 sebulan membawa kepada penemuan sisa elektronik (e-waste) haram lebih RM47.6 juta dalam operasi bersepadu di daerah ini sejak April lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Alzafny Ahmad berkata, rampasan serta sitaan itu dilaksanakan selama dua bulan sejak April melalui dua serbuan oleh beberapa agensi kerajaan di Nilai dan terbaharu di Kuala Sawah pada 6 Mei lalu.
"Hasil serbuan mendapati terdapat tiga kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan) 2024, Seksyen 34B kerana melakukan pelupusan haram buangan terjadual dan Seksyen 18 (1) kerana tiada seorang boleh menjalankan aktiviti yang ditetapkan melainkan mendapat lesen ketua pengarah.
"Jika disabitkan bagi ketigatiga kesalahan, premis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM11,250,000. Hasil kedua-dua operasi tersebut, pihak Jabatan Alam Sekitar telah menyita barangan disyaki 'e-waste' serta 39 buah mesin dengan anggaran melebihi RM47,637.000," jelasnya.
Beliau berkata ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

