
Article
Keratan Akhbar Pilihan Duke Sedia Jalin Kerjasama Erat Dengan Pdrm
Kuala Lumpur, 12 September 2024 - Pemegang konsesi bagi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Sdn. Bhd. menyatakan pihaknya bersed...
Kuala Lumpur, 12 September 2024 - Pemegang konsesi bagi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Sdn. Bhd. menyatakan pihaknya bersedia menjalin kerjasama lebih erat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras kegiatan lumba haram yang berlaku.
“Bahagian Trafik dan Keselamatan Duke sudah mengenal pasti “hotspot” bagi kegiatan lumba haram ini.
“Buat masa sekarang, pemantauan berterusan dilakukan oleh Pusat Pemantauan Trafik dan Peronda Duke agar penyaluran maklumat segera mengenai aktiviti lumba haram kepada pihak PDRM boleh dilakukan secara ''real time'',” katanya dalam satu kenyataan.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.