Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Transporter Ditahan Lebih 40kg Bunga Ganja Dirampas

Published: 15 Mar 2025 6.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2025 - Dua lelaki dipercayai "transporter" dicekup di sebuah taman perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga Ganja seberat kira-kira 40 kilogram (kg).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-transporter-ditahan-lebih-40kg-bunga-ganja-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:02 MYT
Kuala Lumpur, 15 Mac 2025 - Dua lelaki dipercayai "transporter" dicekup di sebuah taman perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga Ganja seberat kira-kira 40 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, serbuan itu dilakukan sekitar jam 7.25 petang pada Rabu.

Beliau berkata, ketika serbuan kedua-dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 42 tahun itu sedang memindahkan bungkusan yang dianggar bernilai RM483,722 dari dalam rumah ke dalam sebuah kereta di garaj rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan ini, polis menemukan dua bungkusan plastik hitam berisi bunga Ganja seberat 2.01kg di tempat duduk penumpang belakang manakala 38 lagi bungkusan plastik hitam berisi 40.37kg bunga Ganja ditemui dalam bonet.

“Siasatan lanjut mendapati rumah teres dua tingkat ini bukan milik suspek sebaliknya disewa secara harian melalui platform dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar pilihan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArticlePublished 15 Mar 2025 6.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM