Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Sindiket Scam Tumpas

Published: 29 Jul 2026 7.18 AM Updated: 21 Sep 2026 10.46 PM
Johor Bahru, 29 Julai 2026 - Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian atau "calling centre" yang beroperasi di Forest City, Iskandar Puteri susulan penahanan 335 individu termasuk warga asing pada 15 Julai lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-sindiket-scam-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:09 MYT
Johor Bahru, 29 Julai 2026 - Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian atau "calling centre" yang beroperasi di Forest City, Iskandar Puteri susulan penahanan 335 individu termasuk warga asing pada 15 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ab Rahaman Arsad berkata, semua suspek yang ditahan terdiri daripada 309 warga China, 19 warga Indonesia, empat warga Myanmar dan tiga warga tempatan berusia antara 20 hingga 58 tahun.

Katanya, semua suspek ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan secara serentak ke atas 27 unit apartmen dan lima banglo yang dijadikan pusat operasi sindiket berkenaan.

"Operasi ini berjaya melumpuhkan dua sindiket berbeza yang menjalankan kegiatan penipuan dalam talian seperti tawaran pelaburan mata wang kripto dan "love scam" dengan menyasarkan mangsa dari luar negara, khususnya China dan Indonesia.

"Hasil serbuan turut membawa kepada rampasan 313 unit komputer, 1,557 telefon bimbit, 17 komputer riba, 10 modem, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-8 serta pelbagai peralatan lain yang dianggarkan bernilai RM1 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'MEDIA IS JOHOR AD Rahaman menunjukkan suspek pada sidang media IPK Johor semalam Gambar NSTRNAJMINORAZAM STPNAJM NORAZAM


ArticlePublished 29 Jul 2026 7.18 AMUpdated 21 Sep 2026 10.46 PM