Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Sahabat Terima Penghargaan Polis Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

Published: 15 Nov 2024 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Temerloh, 15 November 2024 - Dua nelayan sungai dari Kampung Sungai Tekal, Kuala Krau nekad menyelamatkan seorang lelaki lemas dipercayai cuba membunuh diri walaupun terpaksa berdepan risiko tinggi semasa arus deras Sungai Pahang di sini pada Mei lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-sahabat-terima-penghargaan-polis-selamatkan-lelaki-cuba-bunuh-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:14 MYT
Temerloh, 15 November 2024 - Dua nelayan sungai dari Kampung Sungai Tekal, Kuala Krau nekad menyelamatkan seorang lelaki lemas dipercayai cuba membunuh diri walaupun terpaksa berdepan risiko tinggi semasa arus deras Sungai Pahang di sini pada Mei lalu.
Mengimbau peristiwa itu, Muhammad Akiff Sulaiman, 32, berkata, hampir kehabisan tenaga bergelut dengan mangsa lemas yang enggan diselamatkan.
Pengusaha sangkar patin ini berkata kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku depan matanya dan disaksikan sahabatnya, Muhammad Hakim Mazlan, 36, yang ketika itu sedang memancing.

“Sahabat saya pantas menuju ke arah mangsa menggunakan bot dinaiki bagi menariknya yang dilihat tenggelam timbul.
“Hakim sedang memancing di atas bot manakala saya berada atas tebing dekat dengan sangkar. Saya bergegas membantu walaupun air sungai deras boleh mengancam nyawa sendiri,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah penghargaan daripada Ketua Polis Temerloh, ACP Mazlan Hassan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 15 Nov 2024 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM