Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Polis Terbunuh Dinaikkan Pangkat

Published: 15 Jun 2024 6.50 AM Updated: 15 Aug 2026 8.08 PM
Kuala Lumpur, 16 Jun 2024 – Dua anggota polis yang terbunuh dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei dinaikkan pangkat secara anumerta, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-polis-terbunuh-dinaikkan-pangkat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:55 MYT
Kuala Lumpur, 16 Jun 2024 – Dua anggota polis yang terbunuh dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei dinaikkan pangkat secara anumerta, semalam.
Pada satu majlis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dianugerahkan pangkat Koperal secara anumerta.

Majlis disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan diterima oleh ibu bapa kedua-dua anggota polis terbabit.
Datuk Seri Saifuddin berkata, dua anggota terbabit turut menerima pampasan masing-masing RM216,632 dan RM213,586 meliputi bantuan mengurus jenazah, syer kerajaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya.

“Bukan nilai ratusan diutamakan tetapi untuk meringankan beban keluarga, ...kita tidak boleh gantikan kesedihan (kehilangan ahli keluarga) dengan wang ringgit.
“Aspek kebajikan (ahli keluarga PDRM) kita jaga dan ini memperlihatkan hubungan polis (dengan keluarga) tidak terputus,” katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan dan Posthumous di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian

 
ArticlePublished 15 Jun 2024 6.50 AMUpdated 15 Aug 2026 8.08 PM