Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Dua Operasi Polis Cegah Budak Bawah Umur Bawa Kenderaan

Diterbitkan: 12 Aug 2024 3.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata ia adalah bagi menangani insiden kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal atau memandu tanpa lesen sehingga ada yang menyebabkan kemalangan maut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-operasi-polis-cegah-budak-bawah-umur-bawa-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:05 MYT
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia akan memantapkan penguatkuasaan peraturan undang-undang jalan raya melalui Op Khas Motosikal dan Op Pematuhan Undang-Undang di setiap daerah menerusi kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata ia adalah bagi menangani insiden kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal atau memandu tanpa lesen sehingga ada yang menyebabkan kemalangan maut.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga akan meningkatkan kempen kesedaran menerusi hebahan di platform rumah ibadat dan acara keagamaan mengenai keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya kepada golongan sasar.

“Kita juga akan mengadakan siri kempen kesedaran awam, program pendidikan dan promosi di media sosial, selain akses kepada maklumat lengkap serta mudah difahami mengenai undang-undang keselamatan jalan raya, juga tindakan boleh diambil,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menunggang motosikal roda tiga sambil menumpangkan lima budak lain untuk bersiar-siar sekitar Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, Bachok, petang semalam, yang berakhir tragedi apabila bayi 15 bulan maut selepas tercampak ke tali air.

Pada masa sama, Mohd Yusri berkata, tiga tindakan tegas terhadap pesalah atau ibu bapa boleh diambil berdasarkan dua akta, iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Dua operasi polis cegah budak bawah umur bawa kenderaan sirl kempen kesedaran awam, Ibu bapa turut diminta
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2024 3.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM