Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Misi Utama Esscom Sifar Kes Culik Dan Pencerobohan

Published: 25 Sep 2024 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Lahad Datu, 25 September 2024 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) meletakkan sasaran tiada lagi pencerobohan kali kedua dan sifar penculikan atau “Kidnap For Ransom” (KFR) sebagai dua misi utamanya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-misi-utama-esscom-sifar-kes-culik-dan-pencerobohan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT
Lahad Datu, 25 September 2024 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) meletakkan sasaran tiada lagi pencerobohan kali kedua dan sifar penculikan atau “Kidnap For Ransom” (KFR) sebagai dua misi utamanya.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos menekankan perkara itu pada Majlis Perhimpunan ESSCOM bersempena pelancaran logo dan bendera ESSCOM serta peta Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang baharu.

Susulan itu, Victor berharap penjenamaan itu akan menyemarakkan lagi semangat seluruh warga ESSCOM dalam merealisasikan dua misi utama berkenaan seterusnya menjadikan ESEZONE sebagai tempat yang selamat dan sejahtera.

“Justifikasi penjenamaan ESSCOM dan ESSZONE ini penting bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan di ESSZONE bertujuan membangunkan sosioekonomi di pantai timur Sabah.

“Justeru, saya dengan rendah hati memohon kerjasama penuh dan bantuan daripada rakan media supaya membantu ESSCOM menguar-uarkan perkara ini dalam pemberitaan demi mencapai hasrat memajukan pantai timur Sabah,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 25 Sep 2024 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM