Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Dua Geng Konvoi Ditahan Buat Lagak Samseng Jalanan

Diterbitkan: 07 Feb 2022 3.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 7 Februari 2022 - Dua geng konvoi motosikal masing-masing dari Tanjung Malim, Perak dan Sungai Buloh, Selangor ditahan selepas melakukan lagak samseng jalanan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pada Ahad.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-geng-konvoi-ditahan-buat-lagak-samseng-jalanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:12 MYT
Kuala Lumpur, 7 Februari 2022 - Dua geng konvoi motosikal masing-masing dari Tanjung Malim, Perak dan Sungai Buloh, Selangor ditahan selepas melakukan lagak samseng jalanan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pada Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi berbahaya kumpulan motosikal itu dikesan sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman kira-kira jam 12.10 tengah malam.

Menurutnya, seramai 13 penunggang berjaya ditahan dalam tangkapan berasingan.

"Tangkapan pertama melibatkan lapan penunggang dari Tanjung Malim yang baru pulang makan malam di sebuah restoran di Senawang, Negeri Sembilan.

"Tangkapan kedua pula melibatkan lima penunggang dipercayai datang dari Sungai Buloh selepas pulang makan di Senawang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, dua kumpulan itu didapati melakukan aksi superman, zig-zag dan bersaing sesama sendiri serta menundukkan badan.

Sumber: Sinar Harian
 
ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2022 3.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM