
Article
Keratan Akhbar Pilihan Dua Anggota Polis Positif Dadah Ditahan Ketika Berhibur Di Pusat Karaoke Pengarah Jips
Dua anggota polis didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew di sini, pada Sabtu.
Kuala Lumpur, 10 Mac 2025 - Dua anggota polis didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew di sini, pada Sabtu.
Kedua-dua anggota polis terbabit antara 55 individu yang ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dalam operasi berkenaan.
Pengarah JIPS, CP Dato' Sri Azri Ahmad berkata, serbuan kira-kira jam 4 petang itu dijalankan susulan risikan dan maklumat yang diterima pihaknya.
“Seramai 55 individu termasuk dua penjawat awam ditahan ketika operasi terbabit, pemeriksaan turut mendapati dua individu terbabit yang masing-masing lelaki dan wanita itu positit dadah jenis Eramin 5 dan Ketamin.
“Selain itu, empat warga asing turut ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya pada Ahad.