Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Anggota Polis Diraja Malaysia Dirempuh Dalam Perjalanan Ke Lokasi Nahas

Published: 24 Nov 2024 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Maran, 24 November 2024 - Dua anggota polis cedera selepas kereta jenis Honda City yang mereka naiki bertembung dengan trak pikap di Kilometer 74.5, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-anggota-polis-diraja-malaysia-dirempuh-dalam-perjalanan-ke-lokasi-nahas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Maran, 24 November 2024 - Dua anggota polis cedera selepas kereta jenis Honda City yang mereka naiki bertembung dengan trak pikap di Kilometer 74.5, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kejadian pukul 3.25 pagi itu berlaku ketika anggota berusia 29 dan 38 tahun tersebut dalam perjalanan dari Balai Polis Trafik Maran ke Jengka 19 bagi menyiasat satu kes kemalangan.
“Setibanya di lokasi, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kenderaan mangsa sebelum bertembung.
“Akibat rempuhan itu, pemandu kereta parah di bahagian tangan manakala penumpang hadapan kereta cedera di dada. Pemandu trak pikap turut mengalami kecederaan di bahagian sama,” katanya dalam kenyataan semalam.
Seluruh warga Pasukan mendoakan agar kedua-dua anggota yang terlibat dalam kemalangan, diberi kesembuhan dan keafiatan dengan segera. Insya-Allah.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 24 Nov 2024 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM