
Article
Keratan Akhbar Pilihan Dr Roslan Lancar Buku Kedua
Johor Bahru, 4 Julai 2025 - Pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk kepolisan dan motivasi, menjadi inspirasi kepada DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir melahirkan...
Johor Bahru, 4 Julai 2025 - Pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk kepolisan dan motivasi, menjadi inspirasi kepada DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir melahirkan sebuah lagi buku selepas yang pertama pada 2022.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam mengumpulkan segala pengalaman yang diperoleh sepanjang kehidupannya demi menghasilkan ‘Titian Perjalanan Sebuah Kehidupan'.
“Buku ini lahir daripada pengalaman saya yang banyak membuat penulisan berbentuk motivasi di akhbar selain pengalaman dalam bidang kepolisian, keselamatan, pakar motivasi, syarahan serta penceramah bebas.
“Jadi, apabila saya lihat daripada persekitaran, kita ini ada banyak masalah dan semua orang sedang mencari apa makna sebuah kehidupan ini.
“Semua itu saya terangkan dalam bentuk buku tentang apa yang kita cari dalam kehidupan,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Titian Perjalanan Sebuah Kehidupan di Open University Malaysia di sini, semalam.