
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Diam Diam Berisi Petinju Pdrm Koperal Lihem Apollo
Bagi petinju kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Koperal Mohd Shalihem Mohamad mempunyai formula ampuh untuk menumbangkan lawan dari Thailand, Citi...
Kuala Lumpur, 7 November 2024 - Bahang Kejohanan Grand Final Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 - ‘King of the Ring’ di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur minggu depan semakin dirasai.
Bagi petinju kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Koperal Mohd Shalihem Mohamad mempunyai formula ampuh untuk menumbangkan lawan dari Thailand, Citi Chai dalam pertarungan yang dijadualkan pada 16 November ini.
“Saya akan berlatih dengan sepenuh tenaga dan fokus kepada latihan menahan pukulan lutut pihak lawan.
“Saya juga perlu bertahan dengan betul dan akan kaji kekuatan lawan.
“Saya gemar melepaskan tumbukan dan potongan bawah yang kuat untuk mendapatkan ‘knock out’," katanya.