Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Desakan Mansuh Sosma Wajar Ditolak Timbalan Kpn

Published: 15 Dec 2025 2.06 AM Updated: 15 Aug 2026 6.47 PM
Kuala Lumpur, 11 Disember 2025 - Masyarakat diingatkan supaya tidak terlalu taasub dengan hak asasi sehingga mengetepikan aspek keselamatan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-desakan-mansuh-sosma-wajar-ditolak-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT

Kuala Lumpur, 11 Disember 2025 - Masyarakat diingatkan supaya tidak terlalu taasub dengan hak asasi sehingga mengetepikan aspek keselamatan negara.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, semua pihak perlu mewujudkan keseimbangan antara isu hak asasi dan keperluan mengekalkan keamanan serta keselamatan negara.

Justeru, katanya, desakan pihak tertentu supaya undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan kini Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012 dimansuhkan, wajar ditolak.

Beliau juga memberi peringatan supaya orang ramai tidak menyesal jika memansuhkan undang-undang pencegahan apabila berlaku serangan pengganas berskala besar seperti di negara jiran dan di peringkat antarabangsa.

“Kita bernasib baik kerana ketika itu masih mempunyai ISA, satu-satunya undang-undang pencegahan dan pemulihan amat berkesan dalam menangani ancaman ke atas keselamatan negara sejak merdeka.

“Kejayaan Cawangan Khas dalam membongkar aktiviti kumpulan Jemaah Islamiah (JI) mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Serangan digagalkan Cawangan Khas adalah kerana Malaysia mempunyai ISA, tiada gunanya lagi penyesalan selepas berlaku serangan dan nyawa tidak berdosa terkorban,” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 15 Dec 2025 2.06 AMUpdated 15 Aug 2026 6.47 PM