Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Derita Mangsa Dera Dapat Pembelaan Bapa Dan Ibu Tiri Dipenjara Dua Tahun

Diterbitkan: 22 Sep 2023 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Pilah, 22 September 2023 - Penderitaan yang dialami seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang didera bapa dan ibu tirinya mendapat pembelaaan apabila kedua-dua tertuduh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-derita-mangsa-dera-dapat-pembelaan-bapa-dan-ibu-tiri-dipenjara-dua-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:36 MYT
Kuala Pilah, 22 September 2023 - Penderitaan yang dialami seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang didera bapa dan ibu tirinya mendapat pembelaaan apabila kedua-dua tertuduh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Keputusan dibuat selepas tertuduh lelaki yang juga pekerja kilang berusia 27 tahun dan isteri berusia 31 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Hakim turut menetapkan pasangan suami isteri itu dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan menjalankan khidmat masyarakat selama 80 jam.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh telah menganiaya seorang budak lelaki berusia enam tahun yang di bawah jagaan mereka sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan mulai Mac sehingga 12 September lalu di antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam di sebuah Rumah Rakyat Jambu Lapan, Bahau, Jempol.
Mereka dituduh di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 22 Sep 2023 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM