
Article
Keratan Akhbar Pilihan Derita Mangsa Dera Dapat Pembelaan Bapa Dan Ibu Tiri Dipenjara Dua Tahun 20230922
Kuala Pilah, 22 September 2023 - Penderitaan yang dialami seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang didera bapa dan ibu tirinya mendapat pembelaaan apabila k...
Kuala Pilah, 22 September 2023 - Penderitaan yang dialami seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang didera bapa dan ibu tirinya mendapat pembelaaan apabila kedua-dua tertuduh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.
Hakim turut menetapkan pasangan suami isteri itu dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan menjalankan khidmat masyarakat selama 80 jam.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh telah menganiaya seorang budak lelaki berusia enam tahun yang di bawah jagaan mereka sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu dilakukan mulai Mac sehingga 12 September lalu di antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam di sebuah Rumah Rakyat Jambu Lapan, Bahau, Jempol.
Mereka dituduh di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.