Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Datuk Ditahan Kes Menyamar Sebagai Pegawai Bukit Aman

Published: 19 Oct 2020 3.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2020 - Tembelang seorang lelaki bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes ceti haram dengan menyamar sebagai polis bagi tujuan mengutip hutang daripada peminjam akhirnya terbongkar selepas dia diberkas di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-datuk-ditahan-kes-menyamar-sebagai-pegawai-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:08 MYT

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2020 - Tembelang seorang lelaki bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes ceti haram dengan menyamar sebagai polis bagi tujuan mengutip hutang daripada peminjam akhirnya terbongkar selepas dia diberkas di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Tuan Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras pada pukul 12.45 tengah hari.

Katanya, suspek ditahan sebaik selesai menerima rawatan sakit tulang belakang di hospital berkenaan.

"Dia merupakan suspek utama dalam kes menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman untuk memperdayakan mangsa pinjaman wang tidak berlesen membayar wang berjumlah RM60,000.

"Tangkapan ke atas suspek dibuat selepas kita menahan rakannya yang turut terlibat dalam kegiatan ah long pada Isnin lalu," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo

Image may contain: text that says 'KUALA LUMPUR Tembelang bergelar yang kes tengah hari. suspek ditahan se- diberkas belaangdi hospital Datuk ditahan kes m

ArticlePublished 19 Oct 2020 3.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM