Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DARAH, DADAH DI PERBATASAN

Diterbitkan: 07 Apr 2025 12.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kota Bharu, 6 April 2025 - Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Kelantan terus menjadi antara kawasan paling mencabar dari segi kawalan keselamatan, dipengaruhi pelbagai faktor seperti kewujudan laluan haram aktiviti jenayah rentas sempadan, isu sosial serta konflik berlarutan di wilayah selatan Thailand.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-darah-dadah-di-perbatasan-20250407
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:45 MYT
Kota Bharu, 6 April 2025 - Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Kelantan terus menjadi antara kawasan paling mencabar dari segi kawalan keselamatan, dipengaruhi pelbagai faktor seperti kewujudan laluan haram aktiviti jenayah rentas sempadan, isu sosial serta konflik berlarutan di wilayah selatan Thailand.

Insiden letupan bom dan tembakan di sebuah pos keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok pada 8 Mac lalu yang mengorbankan nyawa dua anggota keselamatan Thailand, terus menimbulkan kebimbangan penduduk setempat terhadap tahap keselamatan di kawasan sempadan itu.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, penyeludupan dadah, senjata api dan barangan terlarang lain kerap berlaku di kawasan itu yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok yang sempit.

“Kawasan sempadan ini membabitkan hutan tebal, sungai dan laluan tikus yang sukar dipantau secara menyeluruh, meskipun kawalan ketat dan rondaan Pasukan Gerakan Am dipertingkatkan,” katanya, baru-baru ini.

Selain jenayah rentas sempadan, katanya ancaman keselamatan turut dipengaruhi kumpulan pemisah yang aktif di selatan Thailand, terutama di Narathiwat, yang kadang kala mengundang kesan langsung ke atas sempadan kedua-dua negara.

Dato’ Hj. Mohd Yusoff berkata, pelbagai cabaran perlu ditangani dalam usaha meningkatkan penguatkuasaan di kawasan itu, termasuk melaksanakan larangan menyeberangi sempadan secara bebas melalui pangkalan haram berkuat kuasa 1 Disember 2024.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 07 Apr 2025 12.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM