
Article
Keratan Akhbar Pilihan Dadah Bernilai Lebih Rm2 58 Juta Dirampas
Johor Bahru, 1 Mac 2025 - Polis menahan seorang lelaki tempatan berperanan sebagai "transporter" dan penjaga stor penyimpanan dadah serta merampas dadah bernil...
Johor Bahru, 1 Mac 2025 - Polis menahan seorang lelaki tempatan berperanan sebagai "transporter" dan penjaga stor penyimpanan dadah serta merampas dadah bernilai lebih RM2.58 juta dalam serbuan diadakan di sekitar daerah ini, dua minggu lalu.
Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan di tepi Jalan Dato' Abdullah Tahir, di sini, pada jam 4.30 pagi 16 Februari lalu.
Beliau berkata, polis turut membuat pemeriksaan ke atas kereta milik suspek dan menemui sejumlah dadah sebelum serbuan susulan dilakukan di dua unit premis dekat dua kondominium sekitar daerah ini.
“Modus operandi digunakan suspek adalah menjadikan kondominium berpagar dan berpengawal untuk menyimpan dan membungkus semula dadah yang giat dilakukan sejak Januari lalu.
“Suspek ini dipercayai tinggal di tempat lain dan menjadikan premis lain yang disewa bukan atas namanya sebagai stor.
“Dalam semua serbuan ini, kita merampas 15.45 kilogram disyaki serbuk Ekstasi dan 55 gram disyaki Syabu dianggarkan bernilai lebih RM2.58 juta yang boleh digunakan 51,777 penagih.
“Kita turut merampas pelbagai peralatan memproses dan membungkus dadah, selain menyita sebuah kereta serta wang tunai RM220,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.