Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Cubaan Seludup Masuk 17 500 Kotak Rokok Gagal

Published: 07 May 2025 12.47 AM Updated: 15 Aug 2026 8.02 PM
Tumpat, 7 Mei 2025 - Kelibat beberapa individu di tebing Sungai Mak Neralang, di sini, awal pagi, semalam, membongkar cubaan menyeludup 17,500 kotak rokok masuk ke dalam negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cubaan-seludup-masuk-17-500-kotak-rokok-gagal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:32 MYT

Tumpat, 7 Mei 2025 - Kelibat beberapa individu di tebing Sungai Mak Neralang, di sini, awal pagi, semalam, membongkar cubaan menyeludup 17,500 kotak rokok masuk ke dalam negara.

Namun, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka melarikan diri dengan meninggalkan beberapa bungkusan hitam mengandungi rokok seludup bernilai RM693,000.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, ACP Zulafendy Hassan, berkata, kegiatan itu disedari anggotanya yang melakukan pemantauan di pesisir Sungai Mak Neralang, Kok Keli, di sini, dalam Op Taring Landai, jam 1.30 pagi.

“Kami mengesan beberapa kelibat manusia dalam keadaan mencurigakan sebelum ke lokasi.

“Sebaik tiba didapati tiada individu berada di lokasi dan kami percaya mereka melarikan diri sebaik menyedari pihak berkuasa. “Pemeriksaan di sekitar kawasan menemui timbunan plastik berwarna hitam yang mengandungi beberapa karton rokok putih yang dilarang pengimportannya.

“Sebanyak 350,000 batang rokok putih yang ditemui dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM693,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'individu tebing Neralang, semalam awal 17,500 rokok masuk negara. mereka Cubaan seludup masuk 17,500 kotak rokok gagal d


ArticlePublished 07 May 2025 12.47 AMUpdated 15 Aug 2026 8.02 PM