Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Cubaan Seludup Diesel Lebih Setengah Juta Ringgit Gagal

Published: 03 Nov 2023 3.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Georgetown, 3 November 2023 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menahan enam suspek lelaki termasuk dua warga Thailand dalam operasi di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah, kelmarin kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel subsidi ke Thailand.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cubaan-seludup-diesel-lebih-setengah-juta-ringgit-gagal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:52 MYT
Georgetown, 3 November 2023 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menahan enam suspek lelaki termasuk dua warga Thailand dalam operasi di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah, kelmarin kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel subsidi ke Thailand.

Dalam operasi pukul 7.30 pagi itu, polis turut merampas empat lori tangki dan minyak diesel keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke negara itu.

Timbalan Komander PPM Wilayah Satu, Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, polis menjalankan serbuan ke premis perniagaan di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam yang dipercayai menjadi tempat penyeludupan minyak diesel ke Thailand.

“Ketika serbuan empat suspek lelaki tempatan serta dua suspek lelaki Thailand berusia 23 hingga 60 tahun berada di dalam premis berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di markas PPM Wilayah 1, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam operasi itu polis merampas 131,040 liter minyak diesel berjumlah RM543.816 selain menyita empat lori tangki, pam minyak, hos paip dan nozel hos pam yang keseluruhannya berjumlah RM1.2 juta.

Sumber: Utusan Malaysia

May be an image of 1 person and text that says 'GEORGE TOWN: Pasukan Marin (PPM) Cubaan seludup diesel lebih setengah juta ringgit gagal PASUKAN dua Thaila
 
 
ArticlePublished 03 Nov 2023 3.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM