Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Cubaan Rentas Sempadan Semakin Kurang

Diterbitkan: 25 Dec 2024 7.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pelabuhan Klang, 25 Disember 2024 - Pihak berkuasa akan meningkatkan kekerapan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa di sepanjang Sungai Golok antara Malaysia-Thailand.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cubaan-rentas-sempadan-semakin-kurang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:44 MYT
Pelabuhan Klang, 25 Disember 2024 - Pihak berkuasa akan meningkatkan kekerapan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa di sepanjang Sungai Golok antara Malaysia-Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim berkata, langkah itu dilaksanakan bagi mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan merentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang sungai berkenaan.

“Apa yang saya lihat berdasarkan tinjauan di sepanjang Sungai Golok, aktiviti rentas sempadan semakin berkurangan susulan larangan dikuatkuasakan.

“Kita tidak mahu ada pihak cuba ambil kesempatan termasuk menukar taktik lain atau sebagainya untuk merentas sempadan secara haram," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Komander Pasukan Polis Marin di sini pada Selasa.

Dato' Sri Azmi berkata, pihaknya turut merangka beberapa strategi bagi memantapkan tindakan penguatkuasaan dijalankan bermula Disember lalu.

“Ada beberapa langkah sedang dirancang dan diambil tindakan segera bagi memastikan sebarang usaha merentas secara haram dibanteras sepenuhnya.
“Ada beberapa cubaan rentas secara haram berjaya dipatahkan dan secara amnya, ia semakin berkurangan dan tidak lagi seperti dahulu,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran

May be an image of 2 people and text


ArtikelDiterbitkan 25 Dec 2024 7.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM