
Article
Keratan Akhbar Pilihan Cubaan Melarikan Diri Gagal 25 Pati Ditahan Ppm
Cubaan sebuah bot pom-pom membawa 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri ketika dikejar pihak berkuasa gagal apabila mereka ditahan di sekitar per...
Kuala Selangor, 14 Februari 2022 - Cubaan sebuah bot pom-pom membawa 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri ketika dikejar pihak berkuasa gagal apabila mereka ditahan di sekitar perairan Sungai Buloh, Selangor di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, kesemua warga Indonesia berusia antara 20 hingga 53 tahun ditangkap selepas bot yang dinaiki mengalami kerosakan.
Selain 22 penumpang, penahanan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang itu turut melibatkan seorang tekong dan dua awak-awak.
Komander PPM Wilayah Satu, ACP Tuan Shamsol Kassim berkata, operasi itu dijalankan hasil maklumat mengenai kehadiran bot pom-pom yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran melalui jalan laut.
Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Pengkalan Marin bagi urusan dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.