Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Sudah Kantoi Baru Lapor Polis

Published: 02 Jun 2021 4.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 2 Jun 2021 - Sudah 'kantoi' baru lapor polis. Trend jenayah rogol membabitkan remaja bawah umur yang dilaporkan berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini bukannya secara paksaan namun atas dasar suka sama suka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-crime-alert-sudah-kantoi-baru-lapor-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:17 MYT

Petaling Jaya, 2 Jun 2021 - Sudah 'kantoi' baru lapor polis. Trend jenayah rogol membabitkan remaja bawah umur yang dilaporkan berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini bukannya secara paksaan namun atas dasar suka sama suka.

Terdapat kes yang dilaporkan melibatkan antara dua individu yang melakukan hubungan seks secara rela namun menjadi rogol berkumpulan apabila mangsa diugut malah ada juga yang 'ketagih' sehingga melakukan hubungan dengan orang lain.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan mendedahkan, secara puratanya, daripada 10 kes rogol yang dilaporkan enam daripadanya didapati mangsa telah mengandung.

Katanya, jenayah yang melibatkan kebanyakan mangsa berusia lingkungan bawah umur 16 tahun hanya terbongkar apabila keluarga mengetahui keadaan diri mereka sehingga melahirkan anak luar nikah.

Menurutnya, terdapat juga kes dikesan apabila ibu bapa mangsa menemukan pil pencegah kehamilan yang disorok.

"Kebanyakan suspek terdiri daripada individu dikenali antaranya teman lelaki dan rakan malah ada mangsa yang mengenali suspek dalam media sosial,” katanya dalam temu bual melalui aplikasi Zoom baru-baru ini.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Online

May be an image of text that says 'Sudah 'kantoi' baru lapor polis Bercakap Sudah 'kantoi' baru lapor polis menemukan pencegah dan mela
ArticlePublished 02 Jun 2021 4.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM