Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Cawangan Khas Jsj Bantu Saring Ngo Kutip Derma

Published: 06 Jul 2026 4.21 AM Updated: 15 Aug 2026 6.54 PM
Kuala Lumpur, 6 Julai 2026 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memperketat proses pendaftaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia bagi memastikan hanya pertubuhan yang berintegriti dibenarkan beroperasi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cawangan-khas-jsj-bantu-saring-ngo-kutip-derma
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
 
Kuala Lumpur, 6 Julai 2026 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memperketat proses pendaftaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia bagi memastikan hanya pertubuhan yang berintegriti dibenarkan beroperasi.

Ketua Pengarah RoS, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad berkata, proses tapisan itu memberi tumpuan kepada pertubuhan yang beroperasi dalam bidang kebajikan dan agama, termasuk penelitian latar belakang individu yang terbabit dalam pengurusan pertubuhan serta penilaian menyeluruh bagi mengelakkan sebarang salah guna atau manipulasi kutipan derma.

Beliau berkata, RoS turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Cawangan Khas dan JSJ melalui perkongsian maklumat serta tindakan penyelarasan bagi memastikan sebarang salah guna kutipan dana dapat ditangani mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja bertujuan memperkukuh aspek integriti dan tadbir urus pertubuhan, malah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem pemantauan NGO serta memastikan setiap kutipan dana dilaksanakan secara telus dan berakauntabiliti.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'RoS Spertimbang wajib audit bebas bertujuan Cawangan Khas, JSJ bantu saring NGO kutip derma Langkah pastikan memasti- pe

ArticlePublished 06 Jul 2026 4.21 AMUpdated 15 Aug 2026 6.54 PM