Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Catat Kerugian Hampir Setengah Juta

Published: 09 Nov 2023 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 November 2023 - Sebanyak 1,532 kes membabitkan kerugian RM495,105 bagi kes jenayah wang palsu direkodkan sejak tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-catat-kerugian-hampir-setengah-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:28 MYT
Kuala Lumpur, 9 November 2023 - Sebanyak 1,532 kes membabitkan kerugian RM495,105 bagi kes jenayah wang palsu direkodkan sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mengikut pecahan pada tahun lalu, terdapat 754 kes dengan kerugian RM213,519 dilaporkan, manakala dalam tempoh 10 bulan tahun ini bermula Januari, 778 kes direkodkan dengan nilai RM281,586.

Menurutnya, Kontinjen Kuala Lumpur (KL)mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding kontinjen lain sejak tahun lalu hingga Oktober iaitu 380 kes dengan kerugian RM254,296.

“Secara keseluruhan, seramai 128 individu telah ditahan pada tahun 2022 berkait kes wang palsu, manakala bagi tahun 2023 (Januari hingga Oktober), 92 individu telah ditahan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ikuti kupasan lanjut oleh Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli berkenaan kes jenayah wang palsu menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'RM281 586. utnya Catat kerugian hampir setengah juta 1,532 kes jenayah Jelasnya, orang yang mengetahui dimi
ArticlePublished 09 Nov 2023 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM