
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Call Centre Judi Online Kaut Jutaan Ringgit Diserbu
Johor Bahru, 11 Disember 2021 - Pusat panggilan judi dalam talian atau “calling centre” yang dipercayai sudah mengaut jutaan ringgit hanya dalam tempoh 10 bula...
Johor Bahru, 11 Disember 2021 - Pusat panggilan judi dalam talian atau “calling centre” yang dipercayai sudah mengaut jutaan ringgit hanya dalam tempoh 10 bulan ditumpaskan dengan penahanan lima warga Indonesia dalam serbuan dilakukan pihak berkuasa, Rabu lalu.
Kegiatan itu terbongkar hasil risikan lebih sebulan sebelum pasukan serbuan menyerbu pusat berkenaan di sebuah rumah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah, di sini.
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 29 tahun berperanan sebagai operator tambah nilai kredit dan pengeluaran kredit judi dalam talian.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati premis berpagar dan berpengawal (gated and guarded) dijadikan sebagai pusat judi dalam talian atau “calling centre” yang menawar perjudian secara atas talian melalui tiga laman sesawang.
"Sindiket menyasarkan pelanggan tempatan dengan nilai kutipan antara RM3,000 hingga RM10,000 sehari. Premis sudah beroperasi sejak Mac.
"Jika dikira sejak Mac lalu, keuntungan sindiket ini bernilai jutaan ringgit. Segala transaksi dilakukan melalui perbankan dalam talian dari beberapa akaun yang dikenal pasti, di mana semua akaun bank adalah akaun bank Malaysia," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.