Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Buruh Kena Denda Rm6 500 Mengaku Keluarkan Kata Kesat Tendang Polis

Published: 13 Jul 2026 4.27 AM Updated: 15 Aug 2026 6.54 PM
Machang, 13 Julai 2026 - Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM6,500 terhadap seorang buruh yang mengaku bersalah menghalang tugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menendang anggota polis semasa serbuan di Kampung Laklok di sini, kira-kira dua minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-buruh-kena-denda-rm6-500-mengaku-keluarkan-kata-kesat-tendang-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:19 MYT
Machang, 13 Julai 2026 - Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM6,500 terhadap seorang buruh yang mengaku bersalah menghalang tugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menendang anggota polis semasa serbuan di Kampung Laklok di sini, kira-kira dua minggu lalu.

Mohamad Ariff Hakimi Che Ghani, 26 tahun, membuat pengakuan itu di depan Majistret Rais Imran Hamid.

Rais Imran juga memerintahkan lelaki itu dipenjara sembilan bulan, jika gagal membayar denda.

Dia didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam, iaitu anggota polis Sub Inspektor Mohmad Zulkifli Mat daripada menjalankan tugas rasmi dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menendang anggota itu pada 8.15 malam 27 Jun lalu di depan sebuah rumah di kampung itu.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 13 Jul 2026 4.27 AMUpdated 15 Aug 2026 6.54 PM