Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Buang Rasa Takut

Published: 04 Sep 2021 4.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Isu ancaman keselamatan, bertugas tanpa mengira waktu selain cuti kerap dibekukan antara faktor kerjaya sebagai anggota pasukan keselamatan lebih sinonim dengan golongan lelaki.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-buang-rasa-takut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:18 MYT
Isu ancaman keselamatan, bertugas tanpa mengira waktu selain cuti kerap dibekukan antara faktor kerjaya sebagai anggota pasukan keselamatan lebih sinonim dengan golongan lelaki.

Malah, wujud tanggapan golongan wanita tidak berupaya menyaingi kekuatan, ketangkasan dan sifat lasak lelaki yang memonopoli agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Namun, semua itu meleset apabila khidmat wanita diakui setanding dengan kudrat lelaki dalam membantu barisan hadapan negara berdepan pandemik COVID-19.

Bagi golongan wanita yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan berbeza, cabaran dihadapi menjadi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab masing-masing.

Ikuti wawancara wartawan Harian Metro, Raja Noraina Raja Rahim bersama Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor Kayrell Nyanggoh yang berkongsi pengalaman beliau dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
ArticlePublished 04 Sep 2021 4.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM