Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Buang Masa Dan Tenaga Pegawai Serta Anggota Polis 1 108 Laporan Palsu Tahun Lalu Kpn

Published: 29 Apr 2024 1.15 AM Updated: 15 Aug 2026 8.16 PM
Petaling Jaya, 29 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 1,108 laporan palsu sepanjang tahun lalu mengakibat banyak masa dan tenaga pegawai serta anggota polis terbazir.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-buang-masa-dan-tenaga-pegawai-serta-anggota-polis-1-108-laporan-palsu-tahun-lalu-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:25 MYT
Petaling Jaya, 29 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 1,108 laporan palsu sepanjang tahun lalu mengakibat banyak masa dan tenaga pegawai serta anggota polis terbazir.

Ini kerana pegawai penyiasat biasanya mengambil masa kira-kira tiga jam bagi meneliti, mengetahui dan menentukan sama ada kes yang dilaporkan itu berlaku atau rekaan untuk kepentingan peribadi.

Antara kes yang banyak dilaporkan tetapi didapati palsu seperti kehilangan kad pengenalan, panggilan bom, kejadian ugut, ragut dan sebagainya.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, selain masa dan tenaga, bebanan tugas pegawai penyiasat akan terganggu khususnya fokus siasatan kerana memerlukan purata dua hingga tiga jam melakukan siasatan di lokasi kejadian bagi setiap laporan yang diterima.

Menurut beliau, setiap laporan yang menjurus kepada kes diterima akan melibatkan siasatan di tempat kejadian sekali gus akan mengganggu kes-kes lain yang sedang disiasat.
“Selain itu, polis juga terpaksa menanggung kerugian dari segi kos perbelanjaan terhadap siasatan laporan palsu.

“Ini kerana setiap kes disiasat memerlukan gabungan aset-aset polis termasuk keanggotaan yang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 29 Apr 2024 1.15 AMUpdated 15 Aug 2026 8.16 PM