
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Buang Budaya Orang Saya Dalam Pdrm Kpn
Kuala Lumpur, 25 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, mengingatkan semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDR...
Kuala Lumpur, 25 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, mengingatkan semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak mengamalkan budaya puak, my men atau ‘orang saya'' dalam pasukan.
Beliau menegaskan, budaya sedemikian tidak boleh berlaku dan tidak boleh dibenarkan berlaku, sebaliknya semua anggota dan pegawai perlu dilayan sama rata.
“Selagi mereka mengenakan seragam biru polis, selagi itulah mereka tergolong bawah kepemimpinan orang itu (ketua), supaya tidak ada unsur ‘anak emas, ‘anak perak’ dan sebagainya.
“Dalam pasukan polis, tiada istilah ‘ini orang IGP (Ketua Polis Negara), ‘itu orang KP' (ketua polis negeri). Semua adalah orang saya dan saya wakilkan semua ketua polis negeri untuk bimbing dan tadbir,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Selangor antara Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, dan Ketua Polis Selangor yang baharu, CP Dato' Hussein Omar Khan, di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.