Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Buang Atau Gantung Kerja

Published: 13 Oct 2020 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Lebih 10 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kerana dipercayai terlibat melindungi sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-buang-atau-gantung-kerja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Lebih 10 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kerana dipercayai terlibat melindungi sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

Mereka yang dikenakan tindakan tatatertib terdiri pegawai dan anggota bertugas di Selangor dan Kuala Lumpur termasuk pegawai kanan berpangkat Senior Asisten Komisioner.

Menurut sumber, siasatan lanjut masih dijalankan dan sekiranya mendapati mereka bersalah, tindakan digantung atau dibuang kerja boleh kenakan terhadap mereka.

"Difahamkan, JIPS akan mengusulkan kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador untuk ambil tindakan sewajarnya ke atas semua yang terlibat selepas siasatan selesai dijalankan" katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Online

Image may contain: one or more people
ArticlePublished 13 Oct 2020 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM