Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Bongkar Taktik Sindiket Seludup Mercun

Diterbitkan: 07 Apr 2024 3.39 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.19 PM
Tiga modus operandi digunakan sindiket penyeludupan mercun berjaya dihidu polis. Helah pertama dengan cara penyeludupan menggunakan pengangkutan sah atau kargo dan palsu isytihar sebagai barangan lain dan keduanya penyeludup menyorok mercun di dalam kontena dengan dicampur barangan lain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bongkar-taktik-sindiket-seludup-mercun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT

Kuala Lumpur, 7 April 2024 - Tiga modus operandi digunakan sindiket penyeludupan mercun berjaya dihidu polis. Helah pertama dengan cara penyeludupan menggunakan pengangkutan sah atau kargo dan palsu isytihar sebagai barangan lain dan keduanya penyeludup menyorok mercun di dalam kontena dengan dicampur barangan lain.

Modus ketiga pula adalah menggunakan laluan tidak diwartakan sama ada sempadan laluan laut atau darat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis percaya sindiket tempatan ini mempunyai rangkaian dengan sindiket luar negara.

Menurut beliau, aktiviti haram ini juga mempunyai cara pengedaran yang serupa dengan penyeludupan kontraban atau barang subsidi iaitu melibatkan peranan seperti penjaga stor, transporter dan tonto.

“Namun, berdasarkan tangkapan yang dibuat, suspek tidak terlibat secara langsung dengan sindiket penyeludupan lain kerana polis percaya “market” (pasaran) masing-masing adalah berlainan, mereka bukan orang yang sama.

“Bagaimanapun, siasatan tetap dijalankan untuk kenal pasti dalang sama ada berkait dengan individu berprofil tinggi mahupun berselindung di sebalik perniagaan yang sah,” kata Dato’ Sri Mohd Kamarudin secara eksklusif kepada Sinar Ahad.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text

ArtikelDiterbitkan 07 Apr 2024 3.39 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.19 PM