Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Boleh Bayar Saman Trafik Di Mesin Atm

Diterbitkan: 14 Dec 2021 3.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 Disember 2021 - Orang ramai boleh membayar kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun hingga 80 peratus menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-boleh-bayar-saman-trafik-di-mesin-atm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:48 MYT
Kuala Lumpur, 14 Disember 2021 - Orang ramai boleh membayar kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun hingga 80 peratus menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank.

Mereka juga boleh membayar saman itu di Pejabat Pos, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara, selain melalui portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Tuan Sarifudin Mohd Salleh, berkata pembayaran saman berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibuat menerusi sistem dalam talian Maybank.

Katanya, hasil pemantauan di kaunter bayaran saman trafik di ibu negara semalam mendapati tiada kesesakan luar biasa dilaporkan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2021 3.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM